Melakar Cinta Di Syurga

Garisan permulaan sebuah perjalanan seorang manusia, hamba dan da’ie ditentukan selepas mereka sudah baligh dan berakal dalam menyimpan maksud keterbukaan minda tatkala mengarahkan diri bermain dengan alam, kelangsungan pada kepercayaan diri. Meter mula bergerak mengikut kelajuan dan kepantasan roda yang berputar. Pahala dan dosa silih berganti mengisi kantung.

Berkata Umar Ibn el Khattab:

“Hendaklah jangan kamu menilai lelaki yang soleh itu hanya dengan melihatnya di masjid sahaja, namun hendaklah kamu melihat bagaimana muamalah dia ketika berurusan dengan orang lain”

Meraba-raba dalam kegelapan, tidak tahu mana halal dan haram, tidak akan menjanjikan suatu jaminan cinta itu betul-betul suci. Kononnya bercinta untuk meraih redha Ilahi. Dua pasangan kekasih bercengkerama di bawah bulan purnama, mengisi tahajud dengan bunga-bunga cinta berapi, telinga ditusuk dengan panahan syair-syair indah menggetis keasyikan dua pasangan yang hangat bercinta dalam dosa.

Kebusukan tingkah laku mengelaburi mata dan nafsu yang mengelocak tinggi. Mudah sahaja mereka membayar harga sekuntum cinta, mekar merona di tubir sukma, si ‘dia’ menabur janji dan mula dibuai mimpi, mereka khayal kerana hanya tercium haruman wangian bait kata-kata sang kekasih. Kalau dicurahkan air panas di sebelah tangan kanan, manakala tangan kiri asyik sahaja membelai dan mengusap rambut kekasih hati, kelembutan belaian tangan itu telah melenyapkan sifat panas yang ada pada air itu.

Rasa syahwat itu diangkat tinggi melebihi rasa sakit. Inilah dikatakan ‘cinta sakti’, penangannya pernah dirasai sendiri oleh Siti Zulaikha yang tertarik dengan ketampanan Nabi Allah Yusuf as, hingga menarik dirinya untuk melakukan maksiat, hingga tangan-tangan wanita luka terhiris pisau sendiri, terpesona melihat dzat wajah Nabi Yusuf as.

Mudah Jatuh Hati Pada Nama Cinta

Jangan kita sempitkan istilah ‘bijak’. Semua orang fikir salah satu faktor kejayaan manusia dalam lapangan peperiksaan di sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan penjawat awam kerana dia ‘bijak’. Anda betul, dan tiada siapa yang bisa menafikan. Namun jika jawapan anda mengatakan seseorang itu pandai menggunakan ‘bijak’ dalam kehidupan seharian, itu lebih tepat.

Orang bijak sahaja tidak cukup, andai tiada usaha ke arah mencapai kejayaan, kerana mereka yang tidak ada ‘bijak’ pada diri tetapi ‘bijak’ mengurus tadbir diri, tidak mustahil lebih cemerlang daripada mereka yang punya ‘bijak’ pada diri. Bila tidak cukup ‘bijak’ itu, yang akan memakan diri, segala impian dan harapan akan musnah dek termakan hasutan syaitan dalam memenuhi tuntutan hawa nafsu.

Terasa pelik juga kerana tidak pernah kenal dan bersua, tetapi bermain dengan kata-kata indah, berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mail, dan sebagainya, dengan mudah boleh jatuh cinta. Bila nafsu diletakkan di hadapan semua yang salah, nampak betul sahaja. Manakala bagi mereka yang sedikit mengaji, faham tentang halal dan haram, namun kerana tewas juga pada nafsu, matlamat cuba untuk menghalalkan cara;

“Rasa kurang best kalau tak kenal dengan lebih rapat, at least kita kenal latar belakang keluarga dia”

Pada mulanya nampak baik, tetapi bila terlalu kerap berhubung dan bertemu masa program, maka akhirnya mereka mengambil jalan pintas untuk melayan perasaan. Namun bila konsep yang sama diterjemahkan ketika bercinta dengan Allah Taala tidak pula kesampaian, sedangkan setiap umat Islam tahu akan peranan solat yang dikerjakan lima waktu setiap hari. Interaksi kita bersama Tuhan, adalah setiap kali kita mengangkat takbir dan sebelum salam, sepatutnya telah menjanjikan sebuah cinta yang lebih berapi.

Masakan tidak, setiap hari kita berkomunikasi dengan Allah Taala, lebih hebat dari sekadar menghantar khidmat SMS, tidak perlu habiskan duit untuk menampung kos kredit yang digunakan, tidak perlu banyak habiskan suara mengungkap bicara indah, secuma tenang dan teguh selama lima minit, cukup rukunnya, dan dihujungnya dipanjatkan doa. Mudahkan, tapi apabila di luar solat lain pula yang terjadi.

Peoples often do mistakes on cinta because of the way they define cinta itself. Cinta is coupling. Cinta is sharing everything. Cinta is going out together. Cinta is holding hand, etc. Ego instead of throwing tantrums over them, the initiative on helping them to define cinta in right ways are of the greatest concern actually.

Taburlah bunga-bunga cinta kepada insan yang halal

Suluhan pada menyempurnakan separuh agama bermula dengan mencari pasangan untuk dijadikan bakal suami dan isteri, merisik, melamar, dan seterusnya mengikat janji setia hidup bersama secara sah. Tiada siapa yang dapat menghalang sang mempelai melayari bahtera pertama mereka di malam hari. Inilah petanda mereka halal di sisi syara’.

Memegang, memimpin tangan, mengusap, mengucup dan memeluk, tiada siapa yang berhak menghalang. Gelodakan hawa nafsu yang ditahan sekian lama, dibayar tanpa bersyarat pada sentuhan halal itu. Islam tidak pernah menyisih umatnya dalam soal sosial hidup (muamalat), bahkan dari semudah sentuhan tersebut, sungguh senang untuk menghasilkan pahala ibadah.

Tidak perlu timbul keraguan perihal pasangan masing-masing yang telah dipatri;

“Apakah betul pilihan aku ini? Apakah cinta aku benar-benar kerana takwa kepada Allah Taala, atau hanya pandangan nafsu semata-mata?”

Selepas usai lafaz ‘aku terimah nikahnya’, maka dua pasangan tadi telah dibebani dengan suatu tanggungjawab yang luar biasa. Tiada lagi timbul keraguan dalam soal memberi cinta kepada sang kekasih yang telah sah menjadi pungguk dan bulan. Semua yang telah terjadi adalah takdir yang perlu disyukuri bukan mengeluh pada ketentuan-Nya. Kesempurnaan pada nilaian kaca mata disyukuri, manakala kekurangan yang ada diredhai.

Anda tahu, mungkin mustahil seseorang itu memiliki pasangan seperti apa yang diharapkan di atas tikar sejadah, pada sebuah doa seperti ini dan itu. Tapi itulah takdir anda, terima seadanya, tidak perlu lagi pening memikirkannya, lantas mengurangi moral pada tanggungjawab yang semakin bertambah. Fikirlah bagaimana pula ingin melahirkan bintang-bintang bersinar dari benih diri, menghiasi malam-malam indah.

Kita pernah melihat dengan mata kepala bagaimana banyak hubungan suami isteri berada pada ambang penceraian. Tertanya-tanya dimanakah punca, di manakah pula penawar? Kadang kala kita serabut cuba mencari di manakah puncanya, hingga lupa untuk mencari penawar.Sebenarnya persoalan kembali kepada perkara yang paling akar, tetapi itu juga seringkali terlepas pandang, tentang cinta yang bersulamkan takwa.

Benar kita ada institusi intelektual yang perlu dipertahankan, tetapi jangan juga terlupa kini semakin banyak institusi keluarga dan cinta yang menanti rebah, semuanya perlukan dos-dos ubatan. Pembentukan keluarga Islam yang bertakwa penting dalam proses menguatkan masyarakat Islam. Keluarga-keluarga kecil yang bertakwa ini bila dikumpul dapat membentuk masyarakat Islam yang pastinya bertakwa.

Mengayam cinta bertatarkan Iman

Cinta perkataan yang indah dan suci, sekiranya takwa menjadi benang dalam menyulam cinta. Falsafah cinta yang harus dipegang dalam perkahwinan;

“kita adalah tidak sempurna tetapi perkahwinan akan menyempurnakan kita”

Syaratnya ialah masing-masing perlulah ikhlas kerana ikatan perkahwinan dimulakan dengan perjanjian yang menggunakan nama-nama Allah, satu perjanjian yang sangat besar.

‘Bercinta hingga ke syurga

Amat mudah dijadikan bahan tuturan, bait-bait puisi, tapi bagaimana pelaksanaannya?

Jika perahu kecil teroleng-oleng di tengah lautan bergelora dan pendayung tidak cekap berfikir, dan tidak berkemampuan berbuat sesuatu demi keselamatan dan kebajikan para penumpang. bagaimana halnya dengan penumpang ini? Anda sudah punya jawapan pada apa yang telah dijelaskan di atas. Tepuk dada tanya Iman.

Melakar Cinta Di Syurga

Dalam kaedah medical, menyelesaikan presenting problem itu hanya seperti mengubat simptom. Selsema akan berhenti, tetapi tiada janji selsema itu tidak akan datang kembali. Menyelesaikan real problem itu seperti mengubat penyakit sebenar atau dalam bahasa mudah punca akar segala penyakit. Ibarat selsema, ia kerana kurang daya tahan tubuh. Jadi rawatlah kurang daya tahan tubuh itu, Insyaallah dengan sendiri selsema dan simptom-simptom lain akan hilang.

Begitu juga halnya dalam bab rumahtangga. Keperluan menilai dan menampung kekurangan yang ada, adalah soal bersama. Petanda-petanda awal pada keretakan sebuah rumahtangga dapat diberi rawatan dengan segera. Isteri tidak pernah mengambil hati dengan perbuatan dan tingkah laku si suami, manakala si suami tidak pernah mengurangi pada kelemahan yang ada pada si isteri. Semak-semak yang mula ingin tumbuh tinggi , harus diracuni cepat-cepat sebelum menutup bumi.

Membincangkan hal hubungan suami isteri semestinya tidak lari dari memperkatakan tentang matlamat sebuah rumahtanga itu dibina. Setiap suami dan isteri wajib tahu tugas dan peranan masing-masing bila sahaja bergelar suami atau isteri. Benar, atas nama cinta si suami akan berusaha sedaya upaya melengkapkan rumahtangga dari semua aspek fizikal, emosi dan rohani . Dengan cara ini tiada ruang lagi buat si isteri meragui cinta si suami dan ia juga akan menjadi pemangkin kepada si isteri untuk juga melengkapkan rumahtangga menjadi sebuah rumahtangga yang cemerlang, Insyaallah.

Tanggunjawab tanpa cinta adalah beban dan derita

Dalam rumahtangga memang memerlukan dua pihak memainkan peranan untuk menjayakannya. Namun, tidak perlunya cinta sebelum akad kerana sesuatu yang suci jangan dicemari dengan sesuatu yang menyimpang dari jalan-Nya. Setiap manusia ada kelemahan. Kasih sayang ni pun ada pasang surutnya, sama seperti Iman kita. Jadi tidak salah kalau kita tegur menegur dengan cara berhikmah untuk mendamaikan dan membahagiakan rumahtangga, kena selalu muhasabah.

Bersyukurlah apabila kita mempunyai jodoh di dunia dan dikurniakan zuriat. Ramai lagi di luar sana yang masih tercari-cari jodoh sedangkan usia sudah menginjak tua. Hargai pasangan, bersyukur dan bersabarlah. Tidak usah timbul soal si isteri tidak puas hati dengan sang suami kerana jarang memuji kecantikan, keprihatinan anda kepadanya. Anda telah telah pun mendapat bonus di sisi Allah Taala kerana menjayakan keperluan dan kehendak suami, menjujung perintah suami tanpa syarat.

Anda kena faham tatkala suami tidak pernah mengurangi diri kalian dengan kata-kata yang menyinggung perasaan, sehingga menjejaskan sebuah bahtera yang telah siap dibina.

“Sayang, cuba check berapa kali saya tegur awak tidak cantik. Tiada bukan?”

Walaupun tidak pernah menutur ‘cantik’ pada sri wajah, namun jauh di sudut hati, si suami tidak pernah mempersoalkan kelemahan yang ada pada sang kekasihnya. Itulah sebuah kasih dan sayang dalam jaga, dari selalu menabur kata-kata manis dan cinta, namun sampai satu masa keburukan isteri dipersoalkan, seolah-seoalah kata-kata hanya manis di bibir, bukan sampai menerjah ke hati.

Pasangan suami isteri perlu bijak menghiasi rumahtangga agar sentiasa kelihatan fresh dan tidak terasa hambar dan puas dek ditelan masa. Kita sering bermadah perjalanan sebuah rumah tangga seperti perjalanan sebuah bahtera menongkah lautan luas. Kita kena faham bahtera yag sudah lama berkelana di lautan, akan kelihatan usang juga bila sudah lama berkhidmat untuk tuannya, namun bagi mereka yang ‘bijak’, mereka akan sahaja mencari jalan untuk mengindahkan bahtera usang tadi untuk kelihatan baru dan cantik.

Jika ada papan yang bocor, maka akan digantikan papan yang baru. Jika bahtera nampak kusam kerana pudar seri warna, maka dicat dan dihiasi dengan pelbagai warna yang indah. Jangan menganggap kegagalan perkahwinan adalah pengakhiran pada sebuah hubungan. Mempercayai sebuah kehidupan manusia tidak pernah sirna dari musibah, atau rasa kurang senang antara pasangan. Tingkatkan imunasi hubungan suami isteri, serta keluarga seluruhnya. Bila kita mempunyai minda sedemikian, perkahwinan yang sudah lama terbina masih tetap terasa baru.

Terlebih malang, jangan jadikan perkahwinan tersebut pemusnah sebuah jambatan penghubung cinta si suami, isteri, dan keluarga keseluruhannya untuk terus Melakar Cinta Di Syurga.

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:


"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.

Sumber: Harian Metro

Nasihatku Padamu


Sudah lama hati ini memendam rasa Ingin saja ku luahkan segera agar ia menjadi nyata

Namun kekuatan itu belum tiba Kerana merasakan diriku ini sangat kerdil untuk menasihati Kerana merasakan ilmuku ini sangat cetek untuk ku kongsi

SayangNya Engkau pada hambaMu ini Ya Rahim..

KalamMu mengingatkanku dan mendorongku Dengan kata-kataMu yang indah seindah nama-namaMu

Dalam surah Al-Asr Engkau berfirman: ”Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Aku tidak mahu menjadi insan yang rugi Aku mahu menjadi hambaMu yang beriman dan beramal soleh

Andai aku tiada lagi di dunia ini Mana mungkin aku dapat berpesan-pesan dengan kebenaran Dan berpesan-pesan dengan kesabaran..? Pastinya aku tak sanggup menanggung malu

Di hari pembicaraanMu kelak Andai tiada apa yang dapat ku sumbangkan untuk agamaMu yang mulia ini Sedangkan rahmatMu tika ku di dunia ini terus-terusan menghujaniku

Aku sedih melihatkan ramai pasangan yang bukan mahram Berdua-duaan di tempat-tempat sunyi Di taman-taman nan indah dan permai Bergurau senda dan ketawa riang Berjalan berdua-duaan berpengangan tangan Tanpa menghiraukan batas dan syariat pergaulan

Tak malukah dirimu pada pokok-pokok tempat kau bersandar ? Pada batu-batu yang kau pijak ? Pada burung-burung yang berterbangan ? Semua itu bukti kekuasaan Ilahi Yang akan menjadi saksi bagimu di Mahsyar nanti..

Aku merindui lelaki yang sejati Yang berusaha mencontohi akhlak Nabi Muhammad yang ku sanjungi Yang selalu menyebut-nyebut zikrullah Dan hatinya terhibur dengan kalamullah

Ingin aku tegaskan di sini, kerana aku sayang padamu

Penciptamu dan penciptaku telah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 34: ”Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan......”

Inginku tegaskan disini Lelaki adalah pemimpin..! Yang bakal memimpin anak-anak dan isteri Dengan penuh hikmah dan kesabaran Samaada menuju neraka atau syurga Firdausi

Kuatkan jati dirimu, tingkatkan ilmumu Mana mungkin lelaki yang goyah imannya Mampu membentuk generasi Islam yang cintakan Allah dan Rasulnya..?

Cinta itu fitrah insani Cinta itu hadiah Ilahi Setiap hati pastinya gembira dan suka tatkala menerima hadiah

Namun wajarkah hadiah lebih dicintai berbanding Pemberi Hadiah? Di mana hilangnya sifat syukurmu..?

Duhai lelaki sejati yang ku rindui Fitrah ini perlukan hidayah Jika tidak fitrah akan menjadi fitnah Lalu menjerat dirimu sendiri...

Tidak kunafikan di sekelilingmu terlalu banyak dugaan Yang datangnya daripada kaumku sendiri Yang kau perlu tepis habis-habisan Dirimu itu pemimpin Binalah kekuatan dalamanmu dengan keyakinan padaNya

Kerana syariat itu, awalnya kelihatan sukar dan pahit Tetapi bila dilaksanakan manis dan bahagia

Sedangkan kemungkaran itu Pada awalnya nampak manis dan menyeronokkan Tetapi bila dibuat pasti ada penyesalan dan keresahan

Yakinlah duhai lelaki sejati yang ku rindui Dengan Al-Mujib, yang Maha Mengabulkan ” Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah: 153)

” Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Kami benar-benar akan Kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami.”(Al-’Ankabut: 69)

Solehkanlah dirimu, Insya-Allah cinta wanita solehah turut kau miliki...

Inginku tegaskan di sini Lelaki adalah pemimpin...!

Binalah prinsip hidupmu berdasarkan Al-quran dan As-Sunnah Janganlah engkau menurut sahaja kemahuan wanita yang bakal kau pimpin Tanpa memikirkan baik buruk buat dirinya Lelaki yang sejati itu Sangat pemurah dalam memberi nasihat dan teguran Dan dia seorang yang bijak dalam menjaga hati dan perasaan Duhai lelaki sejati yang ku rindui

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya , kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu.” (Riwayat Muslim) Jagalah hatimu dan jagalah hatinya Kerana hati ini milik Allah Dan kepada Allah sahajalah hati ini selayaknya diberikan.............


dipetik dr artikel we luv islam...

GOLONGAN MANAKAH KITA??


Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.





Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...

Marilah kita berMUHASABAH
Dimanakah solat kita?
Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?
Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...

article dipetik dr i luv islam :
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2205

Tanda-tanda hati mati


Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Tasbih Cinta??


Tergamam ana tgk drama bsiri Tasbih Cinta baru2 ini..
Tajuknye mmg sgt2 mnyejukkn ati ana yg suka cite2 yg brunsurkn islam ni.
Tp malangnya ia x mngikut unsur2 islam sbagaimana yg cuba dsmpaikn dgn tajuk yg indah itu.
Ana tsentak apabila sorg kak ‘nyah’ cba mnasihati plakon pmpuan iaitu Bella ke pe ntah..
Cuba anda fikir layakkh lelaki yg mnyerupai wanita itu mnasihati kte sdgkn drinya pn terang2an brada dlm kekeliruan yg lagi sesat.. huhuhu.. sedihnyaaa…

Babak yg lg menggelikn tekak ana ni, si pelakon pmpuan tu pulak nanges2 tharu dek nasihat si nyah tu td n dmintanya pula menemaninya pergi ke masjid utk solat…(solat kt umah je xleh ke?? Nape ajak nyah tu?? Dh abeh saudara pmpuan ke??) kontroversi tol ati ana time tu…
After si plakon pmpuan tu solat….tup..tup.. si plakon laki lak dtg kt dpn masjid tu..
Ckp pnya ckp.. borak pnya borak.. erkk… tbe2 diorg pegang tangan.. huuuu… bru je td tadah tangan, nanges2 mntak tolong ngan Allah.. tp nape wat bnda yg DIA x suka (bsntuhan kulit antara bkn muhrim)
Huuu… tganggu otakku.. tahan pnya tahan nk tengok citenye cane….
Tbe2 bdarah idung ana tgk plakon laki (jojo) dan plakon pmpuan (Bella) tgh ‘kiss’… astaghfirullahalazim.. pngsan ana.. huhuu….
Cinta mmg x dlarang jika kita salurknnya ke jln yg bnr blandaskan syara’(nikah)..

Point ana kt cni adlh nape prlu guna nama Islamic kalo citenye cm kebaratan?? Kalo org dwasa yg waras cm kita tgk OK lg… tp mcm mane dgn anak2 kecil n para remaja??
Xdpt dinafikan ramai yg dahagakan pengetahuan islamik sama ada mlalui drama ke tak.. tp tnpa dsedari kita dprmainkan oleh pihak yg pentingkan keuntungan materialistic
dr kepentingan pmbangunan aqidah n akhlak rakyat di negara kita… Buka la mata rakan2 n sahabat2ku.. mahukah anda trus sesat yg lg mnyesatkan…..ape yg baik kita amalkn, apa yg buruk kte buang n tinggalkan..wallahualam..


ÙˆَØ¥ِÙ†َّÙ‡ُÙ…ْ Ù„َÙŠَصُدُّونَÙ‡ُÙ…ْ عَÙ†ِ السَّبِيلِ ÙˆَÙŠَØ­ْسَبُونَ Ø£َÙ†َّÙ‡ُÙ… Ù…ُّÙ‡ْتَدُونَ
Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. (az-zukhruf:ayat 37)


PERBANDINGAN REMAJA MALAYSIA DAN PALESTIN

*Penulis:
Al Amin Bin Mohamed Sultan
B.Eng (Hons) Manufacturing Engineering (Manufacturing Management)

Pendahuluan

Bukan setahun dua tetapi pencerobohan haram yahudi ke atas tanah orang Islam Palestin sejak 1948 telah mengubah secara keseluruhan landskap negara berdaulat yang disemai dengan kasih sayang serta menyimpan pelbagai nostalgia silam kini terdedah kezaliman dan penindasan yang berterusan. Sudah sekian lama tidak kelihatan ketenangan dan kedamaian tetapi dipenuhi dengan tangisan dan darah.

Malaysia, antara negara yang majoriti besar adalah umat yang beragama Islam yang semakin hari semakin peka dengan isu kemanusiaan di Palestin kerana dasar akidah dan tanggungjawab sebagai saudara seislam.

Walau apapun yang diperkatakan tiada yang dapat menafikan tunjang kebangkitan dan kekuatan kedua-dua negara ini adalah para remaja dan belia yang akan menjadi pelapis, pelindung dan penerus amanah dakwah dan kepemimpinan negara. Mereka inilah yang akan meneruskan ‘baton’ kepemimpinan mahupun perjuangan menentang kezaliman yang menjadi lubuk serangan pihak musuh.

Berbicara mengenai remaja dan belia ini, umum mengetahui hampir lebih separuh dari populari Malaysia adalah para remaja dan belia ini yang meletakkan Malaysia sebagai negara yang cukup hebat dari segi simpanan aset remaja dan pemuda yang diidam-idamkan kerana potensi yang ada pada diri mereka ini.


Potensi Remaja

Jika kita selami potensi diri remaja ini jika dibelai, diasah dan ditonjolkan maka tidak ada sesiapapun berani mencabar mahupun berdebat bahkan akan duduk terdiam melihat potensi dan keberanian tersembunyi yang mampu menewaskan jutaan parameter yang lain. Kita lihat dahulu bagaimana antara puluhan kisah, kita renungkan satu kisah yang membuka mata seluruh dunia dengan tindakan cekal seorang remaja dengan pengorbanan agung dalam membuktikan semangat ‘orang muda’ iaitu kisah bagaimana syahidnya Fares Audah, 12 yang merupakan si cilik dari kem pelarian Jabalia di Palestin.

Kisah bagaimana keberanian seorang remaja menyahut panggilan Intifadhah dengan dengan hanya menggunakan batu sebagai senjata untuk mempertahankan bumi anbiya’, tempat di mana menjadi kiblat pertama umat Islam.. Serangan ditujukan bukan kepada burung ataupun kucing tetapi berhadapan dengan kereta kebal Yahudi yang sedang menyerang dan menghancurkan tanah lahirnya.

Itulah rutin harian Fares Audah selepas balik dari sekolah bersama-sama dengan rakan sebayanya. Walaupun ibunya seringkali risau akan tindakanya, tetapi dia menjawab “ kenapa kita tidak boleh menyerang mereka, sedangkan mereka menyerang kita”.

Malah tindakan ini menjadikan ada ketikanya Yahudi takut dan berundur dengan balingan-balingan batu ini. Selepas 40 hari berjihad bertempur dengan kereta-kereta kebal yahudi menjadikan Fares Audah sebagai sasaran ancaman kepada Yahudi.


Ketika tangan kanan kuat menggenggam batu berhadapan dengan muncung kereta kebal Yahudi Laknatullah, tentera Yahudi menggunakan Sniper menembaknya tepat dikepala. Berjayanya pembunuhan Fares Audah disambut dengan parti minum-minum gembira oleh tentera-tentera yahudi meraikan kemenangan mereka ke atas si cilik bertuah yang bergelar As-Syahid.



Itulah kisah pengorbanan agung remaja bukan pada waktu silam tetapi pada ketika ini yang menunjukkan hebatnya remaja-remaja ini hasil didikan dan pemahaman yang betul. Itu kisah terpuji di negara perang yang sudah lama tidak kenal erti kedamaian, kesejahteraan, kasih sayang keluarga yang kurang akibat kematian orang tersayang, tiada sistem persekolahan yang teratur dan seribu macam perkara lagi. Jadi, bagaimana pula dengan remaja di negara kita yang sepatutnya lebih hebat daripada yang diceritaka kerana kita jauh berada dalam keamanan, kedamaian, kekayaan, kesejahteraan, penuh teknologi dan seribu macam lagi keselesaan.

Perbandingan Senario remaja di Malaysia dengan Palestin

Kita selaku mereka yang peka dan mengambil berat isu ummah ini sudah melakukan sedaya kita dalam menggerakkan kempen-kempen kesedaran isu palestin, menggerakkan usaha mengumpul dana bagi membantu saudara-saudara kita di Palestin, tidak kurang menggunakan kepakaran dalam bidang masing-masing bagi menyampaikan maklumat bagi mendedahkan situasi sebenar yang berlaku di sana.

Bagaimana pula dengan isu remaja-remaja tonggak pelapis kita di Malaysia ini? Jika hanya satu kisah Fares Audah yang dipersembahkan, adakah yang setanding dengannya dalam mempertahankan Islam dan perjuangan di bumi Malaysia tercinta ini?

Semua pihak perlu jelas dengan realiti remaja di Malaysia pada ketika ini yang terlalu dimanjakan dan kurangnya pemfokusan dalam keatas mereka dalam satu sistem atau acuan yang benar-benar mantap dalam membentuk pemahaman, jati diri dan rasa tanggungjawab.

Kita lihat bagaimana pengaruh Hedonisme atau menjadikan falsafah keseronokan dan hiburan sebagai matlamat dalam hidup. Ini telah menjadikan hilangnya nilai-nilai ketimuran dalam setiap tindak-tanduk para remaja . ini belum lagi kisah remaja-remaja pada usia semuda 12 tahun menubuhkan kumpulan Black Metal yang dianggotai oleh rakan-rakan sebaya seperti yang pernah dilaporkan berlaku di Sg. Petani, Kedah. Belum lagi dikira jumlah yang terlibat dengan ajaran-ajaran sesat akibat terlalu menyanjung barat sehingga diawal usia ini ada yang berani menghina tuhan, kencing pada Al-quran, mengamalkan budaya sesat dengan memuja syaitan dan pelbagai lagi perkara-perkara yang tidak masuk akal.


Bagaimana perbandingan antara semangat, wawasan dan ketaatan As-Syahid Fares Audah dengan Remaja di Malaysia pada usia mereka yang sebaya?

Satu persatu kita boleh dirungkaikan, jika di Palestin menuntut ilmu sangat dititikberatkan sehinggakan batu dijadikan pensil, tanah dijadikan kertas dalam kesungguhan anak-anak kecik menuntut ilmu walaupun dalam keadan perang.

Dijadikan dinding bukan binaan-binaan indah tersistem tetapi khemah pelarian yang tidak beratap. Kawasan sekitarnya penuh dengan habuk dan kesan kimia daripada penggunaan senjata yahudi bukannya selesa dengan keaadan berhawa dingin. Mereka mendesak pengganas, tidak dihiraukan perkara lain sehingga belajar dibawah muncung senapang yang sentiasa diacukan kepada mereka.

Lain pula kisahnya dinegara kita, walaupun disediakan dengan sistem yang tersusun, guru-guru yang ramai dan berkelayakan, sumber-sumber dan bahan rujukan lebih daripada mencukupi, kemudahan internet, kawasan pembelajaran yang efektif dan kondusif serta pelbagai kemudahan terus meletakkan remaja-remaja di zon selesa. Apa yang terjadi?

Budaya lepak yang berterusan tanpa sebarang rasa tanggungjawab terhadap ilmu dan masa depan ditambah dengan penglibatan dalam gengsterisme, berjudi, melawan guru, penyalahgunaan dadah, mencabul kehormatan dan pelbagai lagi jika ditunjukkan statistik pasti semua pihak akan terus menuding jari dan menggeleng kepala melihat teruknya tahap pemikiran, pemahaman dan perlakuan sebahagian besar remaja-remaja di Malaysia, sebuah negara penduduk Islam yang membangun.

Ketidakpedulian kepada ilmu agama menjadi faktor paling penting yang mencorakkan remaja-remaja ini ke arah gejala negatif dan jika tidak dirawat segera secara kolektif akan terperosok di lembah kehinaan. Jangan sesekali menganggap pembelajaran matapelajaran Agama Islam pada peringkat rendah dan menengah dengan secara teori untuk menjawab dalam peperiksaan itu sudah mencukupi untuk membentuk jiwa melahir insan berperibadi muslim tanpa penerapan secara total unsur-unsur pemahaman dan pengamalan dengan cara yang sebenarnya.

Adakah kita tidak mengambil iktibar bagaimana dalam keadaan perang yang tersangat dahsyat dalam sejarah dunia, Palestin bersungguh menerapkan ilmu agama dan berjaya melahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran.

“Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran.”

Demikian antara petikan kata-kata pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia itu daripada rejim Zionis Israel.


Dimana kita, dimana mereka?

Banyak lagi perkara memalukan yang tak mampu kita redahi, bagaimana remaja-remaja dilalaikan dengan program-program realiti televisyen (tv) yang semakin mendapat sokongan akar umbi. Semakin hari semakin bertambah, malahan stesen-stesen di negara ini berlumba-lumba untuk mempromosikan rancangan realiti tv masing-masing yang ternyata bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Kita disajikan dengan rancangan-rancangan seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor Mencari Cinta, The Most Beutiful, One In a Million dan banyak lagi. Kegilaan terhadap realiti tv ini amat dasyat dan kesan atau pengaruhnya amat menakutkan sekali.

Sebenarnya program realiti tv ini merupakan satu bentuk penjajahan baru ke atas pemikiran umat islam atau “ghazwatul fikr”. Ini merupakan agenda Yahudi dan Nasrani yang mempunyai agenda tersembunyi untuk melemahkan umat Islam melalui serangan pemikiran yang akan mematikan daya tahan, daya juang dan semangat jihad umat Islam. Umat Islam dilekakan dengan program realiti tv ini.

Kemudian artis-artis yang tidak sepatutnya akan dijadikan idola tanpa mengambil kira syariat agama. segala perlakuan, kata-kata, cara hidup dan semuanya akan diikuti untuk dicontohi yang berterusan meletakkan mereka hanya Islam pada nama tanpa mengambil berat tentang agama yang dianuti.

Mereka tidak lagi berminat untuk mengetahui nasib saudara seagama mereka yang tertindas di Palestin atau di Iraq. Mereka lebih senang menangisi penyingkiran peserta AF daripada menangisi nasib umat Islam lain yang dibunuh, disiksa oleh tentera Israel di bumi Palestin.

Tidak ketinggalan juga, Bola Sepak menjadi kegilaan remaja dan belia, menghilangkan semangat tidak kena pada tempatnya. Untuk bangun ditengah malam menyokong pasukan pilihan dengan mengorbankan tidur dapat dilakukan tetapi untuk bangun mendirikan solat malam berapa kerat yang mengamalkannya, sejauhmanakah penekanannya pada remaja-remaja pada zaman moden ini?

Peristiwa ini seakan mengulangi Tragedi 1967, iaitu ketika orang Arab disibukkan dengan sebuah kejohanan bola sepak, Israel menyerang Sinai, menyebabkan dunia Arab dan Islam dimalukan.

Keterlibatan remaja-remaja dan belia dalam kancah zina dan seks terlarang juga sedang menghancurkan institusi sosial di negara kita memalukan negara yang dikatakan Negara Islam contoh kepada dunia. Pergaulan silang jantina yang bebas melampau batas, seks menjadi santapan harian sebagai satu perkara lumrah, apatah lagi dengan pendedahan aurat dan lain-lain tuntutan agama yang sudah hampir dikuburkan.

Kesannya pembuangan bayi merata-rata, pengguguran berleluasa malah mula ada cadangan untuk mewujudkan bank bayi dan sebagainya. Tidakkah hinanya manusia pada ketika ini jika dibandingkan dengan haiwan pun yang menyayangi anaknya. Kehancuran demi kehancuran, penyakit HIV/AIDS akan mula menjadi kebiasaan dan seterusnya menghancurkan tamadun.

Kita lihat statistik pendaftaran anak luar nikah pada 1999-2003 yang mencatatkan bilangan 70430 di seluruh negara. Ini adalah jumlah tidak termasuk yang tidak didaftarkan yang pasti akan meningkatkan jumlah ini yang dicatatkan pada setengah dekad yang lalu. Kini pastinya angka-angka ini sudah jauh meningkat dengan keadaan sosial dan cara hidup remaja di negara kita.

Sedikit demi sedikit jika kita luangkan masa untuk mengkaji dan menilai umat ini, kita akan tersangat malu kerana berani mendabik dada mengatakan berada dalam era nano-teknologi, kemajuan infrastruktur tetapi kehancuran institusi agama dan masyarakat.

Penutup

Jika Bayi di Malaysia dihina dengan dibuang di dalam tong sampah dalam keadaan masih merah bertali pusat, bayi di palestin pula disanjung akibat syahid ditembak oleh tentera zionis.

Pelajar-pelajar di Malaysia melepak di pasaraya membeli-belah dengan aktiviti merugikan diri agama dan negara, tetapi pelajar-pelajar di Palestin sana mendesak, mendesak tentera yahudi untuk berundur. Mereka relakan diri belajar dibawah muncung senapang kerana ilmu mereka akan gunakan untuk berjuang pada kemudian hari.


Semangat remaja-remaja Malaysia adalah berhibur, gembira dalam keseronokan pergaulan bebas, zina, rokok, arak dan disko. Semangat di Palestin adalah bertempur dengan semangat jihad kerana Allah. Mereka bertempur dengan lastik dan batu berhadapan senjata-senjata berteknologi tinggi dan kereta kebal.

Kematian di Malaysia kerana pecah kepala atau hancur tubuh akibat lumba haram juga jenayah dan gengsterisme tetapi kemalangan menghasilkan maut di Palestin adalah kerana di Bom dalam serangan menghancurkan akidah umat Islam.

Di Malaysia pendedahan aurat kerana inginkan kebebasan, keseronokan didampingi agar dilihat lelaki bukan mahram tetapi di sana dalam keadaan perang dan darurat mereka menjaga aurat dengan cukup tegas.

Jika diteruskan pasti tidak akan berhenti perbezaan yang boleh dinukilkan kerana terlalu banyak bezanya, kadang-kadang tidak layak untuk dibandingkan kerana kemuliaan dan kehinaan cukup jauh taraf dan martabatnya.

Maka bersama-samalah kita berusaha agar lembah kehinaan yang semakin dalam ini dalpat ditimbusi dengan pemantapan akidah, pemahaman islam secara total agar berlaku hijrah dari lembah kehinaan ke puncak kemuliaan, tidak lain tidak bukan dengan taqwa



Jenis-Jenis Tangisan


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan

6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.




"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.



Tangis tercela atau terpuji
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari Qiamat ialah seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya"


Air mata yang tiada dituntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Janganlah menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam"




"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."


Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Allah
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

dipetik dr>>> http://khalifmujahid.blogspot.com/

Tolong Sampaikan Pada Si Dia

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia. Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia. Jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…





Adik Ana Ingin Bercinta??

Ana sudah pun berkali2 menasihati adik ana supaya tidak terjebak dalam cinta monyet atau cinta remaja ni. Ana bukannya anti lelaki dan bukan juga tidak normal. Siapalah ana untuk menolak cinta yang hadir dijiwa. Tapi ana tak nak adik ana merasai pengalaman buruk seperti apa yang ana lalui di zaman jahiliyah ana..

Ana pun pernah juga melalui zaman itu. Sebab itulah ana cuba selamatkan adik ana dari hanyut dalam cinta yang melalaikan dan apa yang lebih menggerunkan apabila nafsu yang tidak dapat dikawal akan membawa kepada zina.

Ana mendekati adik dan menggosok belakang adik ana…

“Adik, banyak buruk dari baikknya bercinta alam remaja ni….hmm…”ujarku.

“Nape akak cakap camtu??” soal adikku.

“Sebab……”

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin

1. Pasti kelak dirimu ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.

2.Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanmu daripadaNYA.

3.Hatimu akan terseksa dengan barah rindu.

4.Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.

5.Cinta lalai akan menyebabkan alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.

6.Kamu boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar2 mabuk cinta.

7.Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.

8.Jiwamu akan terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk dirimu.

9.Jika kamu dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kamu pastinya.


Nauzubillah...

SEDINGIN RATU SALJU


Keluhan aku makin panjang dari hari ke hari. Namun siapalah aku juga kamu untuk memahami hati ini kecuali Allah SWT yang satu. Ummiku selalu berpesan supaya tidak mengeluh diatas setiap apa jua ujian yang menduga kita. Tapi seluruh benakku tidak tertahan menanggung kekeliruan ini. Aku bagaikan merangkak didalam sebuah lorong yang gelap, meraba-raba mencari jalan keluar. Tapi tidak juga aku ketemu apa yang ku mahukan itu. Aku pun tidak mengetahui apa yang aku cari. Rasa kosong dalam diri makin memberontak bagai banduan yang kelaparan.

Aku mencapai handphoneku sebaik sahaja lagu “Menagih Kasih” dari kumpulan The Zikr menerjah ke pendengaranku. “Amirul….” Getus hati kecilku. Darahku berderau bagaikan aku baru sahaja terserempak dengan zombie yang bakal mencekikku. “Astaghfirullahalazim…” Jauh sudah khayalan membawaku hingga ke tahap itu. Aku hanya membaca mesej itu dan tidak sedikit pun aku rasa untuk membalasnya. “Kenapa…?” Soal hati kecilku. Aku sendiri tidak memahami kenapa. Keluhan ini tidak akan terhenti selagi aku tidak dapat menjawab persoalan yang bermain dibenakku ini.

Aku ingin menjarakkan diriku dengan kaum adam. Aku bukan membenci mereka tetapi ada sesuatu dalam diriku seolah-olah menghalangku untuk berhubung dengan mereka. Bukanlah aku sama sekali tidak berhubung, tetapi hadirnya perasaan ini sedikit sebanyak telah mengurangi pergaulanku dengan mereka. Agak janggal juga perlakuanku ini kerna sebelum ini, aku tidak kisah berkawan dengan lelaki asalkan pandai menjaga diri. Percaya atau tidak, hatiku kini makin kering bila berhadapan dengan lelaki. Itulah apa yang aku alami. Bila saja nama lelaki muncul di kaca handphoneku, aku terasa sangat beremosi. Perasaan marah mula mengganas dalam diriku. Lagi sekali aku melukakan hati sahabat lelaki bila saja aku dalam keadaan itu. Aku bukan membenci kalian tetapi aku harus berbuat demikian sebelum aku terluka, dilukai dan melukai. “Terima kasih di atas segala pertolongan dan maafkanlah aku sekiranya aku berbuat kejam sehingga dirimu terluka, Amirul” bisik hatiku.

Amirul bukanlah teman lelakiku. Tapi dia seorang lelaki yang aku hormati kerana sikap tanggungjawabnya terhadap sesiapa pun di sekelilingnya. Wanita mana tidak lemah pada lelaki yang melayan mereka ibarat permaisuri? Aku akui rasa sayang terhadapnya pernah hadir dalam diriku. Amirul sempat mengisi kekosongan hatiku yang kemarau tanpa kasih sayang..“Tapi sampai bilakah aku mahu hidup dalam ketidakpastian dan hanya bermimpi di siang hari?” soal hatiku dalam sedu. Monyet betul perasaan cinta dalam diriku ini. Aku tidak gemar untuk menagih kasih di jalanan dan aku bukan juga perhentian sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Aku marah dengan diriku kerana senang untuk jatuh cinta. Aku sangat marah kerana hatiku terlalu lembut bak gula-gula kapas itu. Aku berperang dengan daerah hati ini dengan pelbagai cara untuk mengelakkan cinta yang sementara.

“Damea sayang abang tak?” soal Zarith. Aku hanya berdiam diri. “Tak!!” jawabku dengan nada agak tidak puas hati. “Damea rindu abang tak??”. Jawapanku masih sama dan malangnya muktamad. Zarith, salah seorang mangsa ribut salji selain Amirul juga bukan teman lelakiku. Namun aku hormati niatnya untuk mengikat aku sebagai tunangannya sebaik sahaja Zarith dapat mengukuhkan dirinya untuk menyara hidupku. Sejuta kemaafanku pinta kerna aku tidak bisa meluahkan cintaku padamu yang belum pasti lagi akan menjadi suamiku. Aku juga tidak Nampak kesungguhanmu untuk memilikiku. Aku marah denganmu kerana tidak memahami keadaanku sekarang. Api kemarahan tidak langsung mencairkan hati yang dingin ini. Namun aku serahkan segalanya pada Allah SWT. Aku tidak mampu untuk membalas cinta sesiapa pun tika ini.

Salji yang turun tidak henti-henti lalu buat hatiku beku lagi. Aku telah menjadi ratu salju dalam duniaku sendiri. Aku takutkan diriku untuk mendekati lelaki. Aku pisahkan diriku dengan handphone yang banyak menggodaku untuk bermesej-mesej dengan kaum adam. Aku paksa diriku untuk menunduk pandanganku demi menjaga hatiku dari jatuh cinta pandang pertama yang mampu membuatku hanyut lagi didalam mimpi di siang hari. Aku tahu remaja sekarang tidak mengambil berat soal batas pergaulan. Sebab itulah mereka diluar sana mungkin tidak faham apa yang aku alami. Mungkin ada yang fikir bahawa aku ini agak kolot, tidak maju dan sebagainya. Bingung aku memikirkan apakah salah perbuatanku ini sedangkan sudah ditegaskan kepada manusia supaya menjaga batas pergaulan. Azab-azab pun tersedia buat sesiapa yang ingkar. Tapi kenapa kita belum mahu hijrah?? Apakah maju seorang perempuan itu dinilai melalui pergaulannya bersama lelaki? Adakah kehebatan seorang perempuan itu dinilai berdasarkan jumlah harinya yang dihabiskan bersama lelaki??

Apa aku kisah kalau orang diluar sana mahu menilai aku ini sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Adakah mereka akan tanggung meringankan azab siksaku di akhirat nanti? Apakah up to date yang seperti mereka inginkan itu melayakkan mereka berada disisi Allah SWT, apatah lagi di Syurga yang penuh kenikmatan itu? Aku akui aku bukanlah mulia seperti Siti Khadijah mahupun Siti Aisyah. Banyak lagi harusku perbaharui tentang diriku ini. Tetapi hidup yang diredhai itu yang aku inginkan. Cinta Allah SWT yang abadi itu ku cari.

Aku bermaharajalela sebagai Ratu Salju didalam hidupku sendiri selagi Maharaja milikku belum hadir untuk menyintaiku dan seterusnya cairkan kedinginan dengan kehangatan CINTA yang diredhaiNYA. Lalu penaku menari-nari di atas kertas dan ia berbunyi….

Ku pusing sana, ku toleh sini,
Kenapa diriku diselubungi sepi?
Keliru ku kenapa dirimu harusku rindui?
Sedangkan dirimu belum pernah ku temui.

Bukan kerna ego juga keras hati,
Serik aku dilukai manusia yang cintakan duniawi,
Mahuku tutup hatiku lagi dan lagi,
Seluas-luasnya ku buka untuk cinta Ilahi.

Kuatnya hatiku ingin dicintai,
Oleh Hamba Allah bernama lelaki,
Tapi ku dambakan cinta yang suci,
Yang halal, beerti lagi diberkati,
Oleh insan yang bernama suami.