Tanggungjawab

Sepatah perkataan ini sangat mudah untuk disebut tapi tugas untuk mempraktikkannya sangatla berat. huhu! Sebabnya TANGGUNGJAWAB ni kena ada dalam diri masing-masing... kalau tidak, fuhh... 'hancus'la diri sendiri dan sesiapa saja disekitar individu itu.

Anda tidak perlu tuding jari pada sesiapa perlu bertanggungjawab jika anda sendiri tidak mengamalkannya (peringatan untuk diri ana juga). Dari golongan muda sampailah golongan tua, perlunya ada sikap ini.

Situasi 1

Sejak akhir-akhir ini makin kerap berlakunya kes pembuangan bayi. Ini adalah kerana remaja sekarang sudah hilang sikap malu dan tanggungjawab dalam dirinya. Apa yang dimaksudkan disini adalah, seorang remaja sepatutnya bertanggungjawab menunaikan apa yang diamanahkan ibu bapa untuk menuntut pelajaran hingga ke menara gading. Bertanggungjawab untuk menuntut ilmu demi menaikkan agama dan bangsa kita. Tapi apakah yang berlaku sekarang? Muda mudi berpeleseran menghabiskan masa pada benda yang tak sepatutnya (Bukan sume muda-muda). Bergaul antara lelaki perempuan tanpa kira batas sehinggalah wujudnya gejala sosial yang sudah menjadi barah pada kita sekarang. Sudah melakukan perbuatan terkutuk, bukan mahu bertaubat, malah tambah lagi dosa dengan pembuangan bayi yang tidak berdosa itu. Astagfirullahalazim...

Situasi 2

Sejak akhir-akhir ini juga banyak dengar kes-kes penceraian, kes kecurangan suami isteri. Apa sudah jadi pada janji-janji sehidup semati tika mereka sedang enak dibuai manisnya cinta? semua tinggal janji... sudah tiada lagi kemanisan. Tiadanya rasa tanggungjawab pada suami dan isteri, akan meretakkan bahtera perkahwinan yang dibina selama ini. Sekiranya tanggungjawab suami isteri tidak ditunaikan, sudah semestinya keluarga itu tidak akan bahagia. Lelaki selalunya beranggapan ada isteri untuk menyiapkan makan minum pakai untukknya. Sedangkan kerja-kerja seperti itu termasuk dalam senarai kewajipan suami terhadap isteri, di samping nafkah utama yang meliputi makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan. Kewajipan isteri pula dinyatakan ialah melayani kehendak suami dan menyerahkan tubuh badan kepadanya serta menyahut panggilannya dengan segera bila diperlukan, sekalipun ketika dia sedang memasak di dapur.
Kecurangan pihak isteri makin berleluasa sekarang. Amanah suami supaya menjaga diri semasa ketiadaannya sudah jua dibelot membabi buta tanpa fikir mana haram halalnya. Dimanakah tanggungjawabnya sebagai seorang isteri?


Situasi 3

Selalunya pelajar-pelajar di IPT/IPTA memilih untuk tinggal diluar kampus kerana ingin bebas dari kongkongan pihak kolej. Tapi tanpa diduga muncul pula masalah lain setelah berlakunya konflik antara penghuni rumah. Ini adalah kerana sikap tanggungjawab diserahkan pada penghuni rumah yang lain. Jadi, tanpa set penggambaran titanic, rumah mereka sudahpun diibaratkan bagai titanic yang pecah. Setiap penghuni mahu melihat suasana damai, lantai licin bak marmar yang baru digilap, dapur dan 'toilet' bersih bagai VIP punya... Tapi, tanpa 'tanggungjawab', bemimpila kamu semua.. Janganlah berharap orang lain akan membersihkannya untuk anda. Jangan salahkan faktor 'tak sempat' or busy menjadi halangan untuk anda bertanggungjawab pada rumah anda.


Situasi 4

Sejak akhir-akhir ini.. lagi.... selalu juga ana dengar kes buang ibu bapa... Kes buang ibu bapa di rumah-rumah orang tua selalu je berlaku tapi apa yang paling mengejutkan kes seorang ayah ditinggalkan di bus stand tu sangat memilukan.. Tambahan pula ayahnya baru saja keluar dari menjalankan rawatan untuk sakitnya... huuu...
hai anak-anak! betapa bertuah kamu semua dilahirkan didunia ini... Sedarkah anda bagaimana anda wujud dan berjaya di saat ini?? Ibu bapa bertanggungjawab membesarkan anak-anak, begitu juga anak-anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa.. Ibu bapa boleh je melahirkan, membesarkan dan menjaga kita, tapi kenapa kita susah untuk jaga ibu bapa kita? hmmm.. Fikir-fikirkanlah..


Melalui situasi-situasi yang dibentangkan ini. Adakah sikap tanggungjawab kita makin hilang?? Oleh itu marilah kita panjatkan doa kepada Allah SWT agar DIA kurniakan kita akhlak yang baik serta dijauhkan pula dengan sikap-sikap buruk serta pengaruh syaitan.. amin ya rabbal alamin..

0 comments:



Post a Comment